Tuesday, September 7, 2010

Iszham x sihat.......

Salam semua,

aku rasa dah bersawang blog aku ni dah lama nor aku x masuk blog aku bz sangat sejak akhir2 ni. Ari ni aku EL sbb anak aku yang kecil ini x sihat. Demam, batuk dan selsema nya dah terlalu lama... doktor suruh aku refer kat Hospital dia kata anak aku ada jangkitan kuman kat paru2 dia. Aku rasa macam nak tercabut nyawa aku bila doktor kata gitu.

Pukul 5.30 Pg td aku dan suami tengok anak aku masih lg gitu aku nekat bawa dia pi hospital ppum bahagian kecemasan untuk kanak-kanak. Pi jumpa doktor pakar kanak2 kat situ.

Doktor tengok dia tanya aku itu ini......last dia kata anak aku x ada jangkitan dan sebagainya...cuma dia banyak kahak sahaja. Apa lg doktor pun suruh jururawat bawa anak ku dan terus pi masuk bilik untuk sedut kahak.

Doktor x bg masuk aku tanya ngapa x leh masuk doktor kata nanti ibu nangis sbb kecian tengok. Aku pun tunggu kat pintu bilik tu aja. Ya allah tuhan saja yang tahu aku nangis dengar iszham nangis x berhenti aku rasa ada setengah jam. Suami aku kata sabor aja doktor tahu kerja dia. aku pun jd ok lah sikit. Lepas sedut tu aku tengok anak aku macam ok sikit. Alhamdulillah aku bersyukur anak aku dah ok tp tetap ada batuk dan selsema tp pernafasan dia dah ok dah.....alhamdulillah....


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan yang mengenali aku.



Budak yang sentiasa ceria......



Cian anak ibu.....