Monday, March 30, 2009

Masa bersantai & Naik bot...

Masa utk bersantai pulak ini lah gambor anak ku iskandar seronoknya dia main pantai sehingga x ingat dunia. Dari kul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 ptg baru naik ke darat. Buka baju dia tengok dan berbelak badan dia separuh hitam & separuh putih cikit heee...main pantai punya pasal..terkejut aku tengok muka dia dah macam anak tut..... cian anak aku hitam jadi nya... tp happy......



" Seronok nya along main pantai ibu ....."



Izzah pun sama macam along putih separuh itam separuh hee...cian izzah, tp tetap mau posing juga...ngan kenkawan






Aku ngan anak dara aku lah ok x ....


Ini lah pengalaman pertama aku menaiki bot...gerunnya tp aku gitau ngan adik ipar kakak aku nak juga merasa naik bot...apa lg dia kata jommmm....aku pun ikut dia ngan anak2 nya serta suami & anak2 ku sekali . Tengok izzah takut aja kan.."x apa lah izzah ibu kan ada"



Bestnya dapat naik botttt...adik ipar kakak aku bawa pusing satu muara tu...pengalaman yang x dapat aku lupakan...


Iskandar yang nak naik sangat bot ni tp tengok muka dia macam takut aja kan.Dalam hati dia mesti dia gerun tp nak naik juga..dia x mau duduk kat aku plak tu tp dia duduk kat ayah dia. Agak nya selamat cikit kut...


Apa-apa pun percutian aku kali ini memang best...dapat makan free aku rasa adik ipar kakak aku mesti abis beratus-ratus ringgit sbb belanja aku makan udang free. Kalau kitaorg x dtg mesti udang tu dia buat jual. Tp disebabkan kita org dtg dia bg kita org makan habis tangkapannya. Terima kasih pada semua yang menyumbang makanan..insyaallah murah rezeki kakak aku dan adik ipar kakak aku. Wassalam.

Masa untuk makan udang bakar

Ini masalah yg paling best masa makannn... tengok tu suami aku dulu yang membakar udang heee...



Ini lah masa yang dinanti-nantikan....makan udang bakarlah...sedapnya manis sangat sbb baru angkat dari pukat n idup lg tau...


Masa untuk membakar ikan dan udang. Tengok aja tau....heeehee...

Buat pertama kalinya iskandar membakar udang dan makan udang. Sebelum ni dia x nak makan udang sbb dia kata dia takut kena gigit udang. Tp ari ni boleh pulak...tp ok lah is ibu suka anak ibu boleh makan udang dah.

Suami aku kepenatan setelah menangkap udang. Masa untuk masak pulak ya...


Wah ....siap tunjuk udang lagi ya bang...seronok...lepaskan tension asyik keje aja...


Ayu x aku hee...makan bersama-sama ngan keluarga....

Memukat udang galah...

Hai kenkawan...

Seronoknya bercuti penat cikitlah tp x apa seronok. Ini nak cite cikit ari kedua percutian aku, aku pi pantai penarik kat terengganu seronok pi tangkap udang galah tp bukan aku sebaliknya suamiku.. x sangka dia nak pi ikut adik ipar kakak aku siap naik moto bot lagi.




















Mestilah muka aku dulu heee..inilah muka aku yang x dapat nak ikut menangkap udang heee....


Suasana pagi ditepi muara. Inilah bot yang dinaiki oleh suamiku..best katanya..jelus aku, aku nak ikut tp suami aku x bagi dia kata sapa nak jaga anak2 ku..x apa lah nak wat camnakan..





Suami aku dan anak buah ku tengah tunggu kepten bot yang bertauliah datang untuk membawa suami ku memukat udang galah.



Suamiku dah naik bot dah risau juga aku sbb dia x pernah naik bot kali pertama tu tau....


Aku siap pesan lg ngan suamiku jaga diri baik2 ya bang...


Takut nak bg suamiku pi tp dia nak sangat pi..x apalah semoga selamat ya...


Pandangan jauh aku ambil setelah suamiku meninggalkan ku ditepi muara heee...



Setelah 1 jam setengah suami aku kembali ngan udang galah yang dibawa tp gambor ni tengah kibas jala. Dalam jala tu banyak udang .....


Suami aku tengah mencari udang galah yg ditangkap tp x jumpa lg. Mana dia udang ni..heee....



Nak hasilnya sudah dapat udang galah sebesar lengan izzah anak aku. Kemain suka lg suami ku dapat tangkap udang....


Yang ini pulak udang galah juga tp x besar yang td. boleh tahan juga besarnya sedap kita org terus makan kat situ juga ( Bakar le...) . Udang idup-idup lagi tau....



Tengok tu sesungutnya besar. Sedap manis sesungutnya aku sempat makan seekor yang besar ini tau...seronokkkk....



Thursday, March 26, 2009

Seronoknya bercutiiiiii.......

Assalammualaikum kenkawan....seronoknya bercuti....ari ni aku pi mandi di Agro resort kat t`ganu. Ini lah paparan gambor yang dapat aku tangkap seronoknya.....


Cantik kan gambar ikan ni banyak sangat ikan seronok tengok ....


Aku dan anak -anak tidak melepas peluang bergambar ngan ikan yang banyak.....

Masa ni aku dan izzah tengah bagi ikan makan....

Gambor yang ni pulak aku ngan anak2ku naik fery heeee... fery yang dibuat dari papan dan dijanakuasakan oleh tenaga sendiri seronokkkk......



Masa ni yang paling dinanti-nantikan waktu mandi......



Aku ngan anak2ku aku mandi tempat yang cetik aja sbb mandi ngan anakkk tensionnnnn......tp x apa lah janji anak2ku happy... :-)




Posing tu.....bestnya....anak2ku mandi sampai x nak balik ..



Yang ni pulak gambor ngan sedara-marakulah yg depan tulah kakak aku yang sulung yang tepi tu adik ipar kakakku dan anak2nya...



Gambor yang ni pulak dah abis mandi masa untuk balik umah masing2 dah penat..


Jln. keluar nak blk dah..........


Masa nak blk sempat lg singgah tengok ikan sekali lg. Yg ni time aku pulak bg makan ikan heee....


Yang ini pulak mak long ngan izzah..bg makan ikan...


Yang ni gambor anak sedara aku tangkap sbb permandangan dia cantik sgt jd aku suruh dia ambilkan...cantikkan....



Ini lah hero kampung dusun....tembam kan... :-D ini lah anak sedara aku yang tembam dia ni anak yang bongsu manjaaaaaaa....

Friday, March 20, 2009

Is & Izzah aktiviti malamnya

Ini adalah aktiviti-aktiviti malam bagi anak-anakku lepas aja mengaji & membaca ngan akulah, aku bagi kebebasan untuk main games...


Tengok lah iskandar siap tunjuk good lg suka sangat lah tu, masa ni pada dia yang paling best kut..sebab dapat main games x payah baca buku. Cuba kalau aku ambil gambor dia masa baca buku monyok aja..heee..letih ibu...


Tengok lah anak dara aku ni siap posing lg. Dia x leh lah kalau aku ambil gambar along aja mesti diapun nak juga...

Besday Izzah Zulaikha merangkap besday ku juga

Assalamualaikum kenkawan...

Aku rasa dah lama nor x update blog aku rasa dah 2 minggu tp x apalah.
Pada 1.3.2009 ari tu besday anak aku izzah. Dia ni memang fanatik sungguh dengan barby doll sampai kan kek dia pun nak gambar barby doll. Tp x menghampakan harapannya suami aku pun belilah kemain suka lagi. X apa lah setahun sekali ya dik..

Gambor aku tengah potong kek kira ari jadi aku jugalah sbb tarikh nya x beza mana pun izzah 01 march & aku 04 march kira sambut sekalilah ya heeee... cian aku pakai kek anak aja tp x apa aku happy heeee...
Cantik x kek izzah ni. Happy Birthday yg ke4 izzah...i love u so much...


Kek yang dipasang lilin bersedia untuk ditiup...

Tengok lah tu x sabor2 nak makan...


Yg ni tugas suami ku untuk pasang apiiii....kat lilin.
Masa untuk memotong kek dan makan...

Tiup Izzah tiuppp...tengok lah tu along pun sekali..biasalah tu time along punya besday izzah wat macam tu juga hee..


Potong lah kek tu cepat izzah ayah,ibu & along nak makan ni...

Inilah juadah kami sekeluarga sambut 4 beranak aja heee...jadilah wat kenangan

Yehhh...Yeh...jom makan sedap...nya...